~ibu nuha naim hakim~

My photo
this blog is not for you to read....but for me to write... i am me....let me be myself....just the way i am....

Wednesday, June 28, 2017

Devastated

Untuk setiap titis susunya yang aku teguk
Untuk setiap luruh keringatnya membesarkan kami
Untuk setiap sabarnya pada karenah kami

Aku harap Allah permudahkan urusan dia
Aku mohon Allah sembuhkan penyakitnya
Aku minta Allah berikan kesihatan buat dia

Mak...
Air mata ini aku telan masin, likat
Tak mampu terluah dihadapan mak
Aku nak pinjam mak lama lagi...
Lama lagi

Terima kasih icak...terima kasih ayai...
Sebab jagakan mak dan bapak

Terima kasih ajah...terima kasih lolot
Sebab hantar mak kesana kemari

Untuk setiap khidmat kalian yang tak mampu aku lakukan
Dek keterbatasan kudrat, masa dan keutamaan
Allah jua lah yang mampu membalasnya


Tuhan...aku mohon diperkenankan permintaan...

Wednesday, March 22, 2017

What hurt you most

Sepanjang 3tahun 7bulan aku jadi mak.
There are 3 things that will hurt you most.

1. When the kids sick
2. When they hurt you
3. When you have to punish them to educate them

Sejak sejak jadi mak memang aku senang touching
Payied yang hati batu zaman dulu dulu dah tak wujud I guess
Bagi aku, No 3 is the most most hurt. Because you have the choice either to make it or not.
But I always make it.
Bila aku tanya nuha, ibu garang tak?
Spontaneously dia jawab, garang.
Huuu...kesian anak aku.

But sorry baby.... I have to...
Tak pernah niat nak menyakit.
Cuma ibu perlu untuk mendidik.

I hope one day you will understand.
Macam aku faham perasaan mak bapak. Waktu punish aku kecik kecik dulu.

Untuk mendidik.
Walaupun sakit.

Kerana ibu sayang.
Kerana Allah jua lah yang paling mengerti.




Friday, March 17, 2017

half way to go

waktu buat assignment memang waktu aku rajin blogging.
coz dapat peluang nak menghadap laptop.
assignment belum siap.
ada lagi 2/3 or appx. 1700 words essay nak kena complete.
due 19/3 ni.
tapi otak aku jammed.
serius bila otak jem macam ni rasa dah tua, rasa otak dah berkarat, rasa loser...dan yang paling crucial sekali....rasa give up.

now dah sem 6.
aku dah harung 5 sem, with 5 more to go insyaAllah
tapi sejak menjak beranak tiga ni...
sejak sejak masuk 3 series ni...
betul-betul rasa nak give up tu kuat sangat

kena selalu positifkan mind setting
kena always mantra kan...half way to go....half way to go....all izz welll....kau dah separuh jalan....quitting is loser and many more...
mantra aku sekarang memang berjela-jela
semuanya untuk pastikan kepala otak aku berada di siratul mustaqim

rupanya belajar bila dah ada anak tiga lagi mencabar dari masa anak dua plus pregnancy dulu
you don't get the luxury of time
kat sekolah kerja, balik rumah house chores,kids and husband
till you down and kau tak tau nak selitkan masa study+assignment tu kat celah mana
by the time kau dapat peluang and masa nak menghadap laptop, otak kau dah tersekat di skala 5
and always happened to me,
by the time idea mencurah-curah, time tu la anak nangis...haha

positif positif positif

najihah will never give up
najihah is a supermom
najihah is the wonderful wife

Allah sayang aku
Allah bantu aku
Allah is always by my side
Allah akan sentiasa permudahkan
insyaAllah amin



 

...~Just The Way I Am~... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template