~ibu nuha naim hakim~

My photo
this blog is not for you to read....but for me to write... i am me....let me be myself....just the way i am....

Wednesday, April 29, 2015

hati ibu



Hati ibu
Terlalu kasih
Terlalu sayang
Terlalu rindu

Kadang ibu marah
Bila tingkah kamu menyakitkan
Tapi selalu ibu lupa
Kamu itu cuma baru mengenal dunia

Kadang ibu letih
Bila tangis kamu seakan merimaskan
Tapi sering ibu lupa
Bahawa kamu sangat perlu adanya ibu

Mana mungkin tergamak kamu ibu tinggalkan
Mana mungkin sampai hati ibu melukakan
Mana mungkin mampu kamu ibu lepaskan

Hati ibu itu kasihnya terlalu

Aduhai anakanda
Senyum kamu itu penawar
Suara kamu itu alunan merdu
Keletah kamu itu hiburan jiwa
Ragam kamu itu pendidik kalbu

Aduhai anakanda
Kamu itu anugerah
Paling manis paling indah

Aduhai anakanda
Membesarlah dengan gagah
Moga rahmat dan kasih sayang Tuhan sentiasa memayungi

Thursday, March 12, 2015

rindu

Aku rindu ruang ini.titik.
 

...~Just The Way I Am~... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template